.

Idea Design Resources adalah Syarikat yang menyediakan berbagai kursus komputer untuk Arkitek, Jurutera, Pereka, Siswazah, Pelajar serta orang awam. Kami menyediakan latihan paling komprehensif bagi kursus merangka dan merekabentuk dengan bantuan komputer atau Computer Aided Drafting and Design (CADD), 3D Studio Max, Adobe Photoshop dan Video Editing. 
.
Bagi yang berminat untuk menceburi kerjaya seperti Pelukis Pelan Arkitek, Landskap, Lukisan Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal, Hiasan Dalaman, Pengiklanan, Perkeranian atau bagi mereka yang telah bekerja tetapi ingin menambah ilmu teknologi komputer, pusat latihan kami ada menyediakannya.

Bagi para pelajar lepas SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam jurusan Multimedia, anda boleh mengikuti kursus-kursus asas seperti AutoCAD 2D & 3D, 3D Studio Max, Adobe Photoshop dan Video Editing.
.
Kami juga sedia hadir ke lokasi anda ( In-House Training ) bagi memudah dan menjimatkan kos.
.
Pelajari berbagai kemahiran dan keperluan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman lebih 23 tahun dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan multimedia. Kami mampu membimbing anda untuk menguasai ilmu teknologi komputer dalam merekabentuk dengan bantuan komputer.
.
Motivasi kami adalah untuk melahirkan lebih ramai kumpulan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti agar dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
.
Antara kursus yang kami tawarkan adalah :
  • -  AutoCAD - 2D
  • -  AutoCAD - 3D
  • -  3DS Max + VRay Rendering
  • -  3D Google SketchUp + VRay Rendering
  • -  MS Office (Word, Excel & PowerPoint)
  • -  Adobe Photoshop
  • -  LectureMaker (E-Learning / Multimedia Interactive)

Sebarang pertanyaan :
sila e-mail : dvdlearning@gmail.com
Tel. / sms : 019-3037288


* - Kursus, Nota Pelajaran dan Penyampaian disediakan dalam Bahasa Malaysia. Sijil tamat kursus akan diberi.